RSS

TANDA2 INSOMNIA

Tidur merupakan aktiviti paling penting untuk merehatkan minda. Fungsi tidur ialah memberi peluang kepada badan untuk berehat, memudahkan proses membina semula tenaga, mengukuhkan daya intelek dan meningkatkan ketahanan sistem imunisasi. Tidur yang cukup menunjukkan seseorang akan berasa lebih bertenaga ketika bangun pagi. Tempoh masa tidur bagi seseorang bergantung kepada individu tersebut. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang meningkat.
Namun begitu, sesetengah individu mungkin pernah mengalami kesukaran untuk tidur. Insomnia ialah satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak atau berasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur lama. Pesakit insomnia akan menjadi kurang aktif dan kurang bertenaga pada siang hari. Imsomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Tanda-tanda dan gejala insomnia :
Sukar untuk tidur
Terjaga beberapa kali di waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula
Bangun terlalu awal di waktu pagi
Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia :
Tekanan (mungkin masalah kewangan atau masalah kerja)
Pergaduhan suami isteri
Penceraian
Kehilangan orang yang dikasihi
Berpindah ke tempat baru
Kekurangan zat makanan
Sakit
Masa tidur yang tidak teratur
Cara mengatasi insomnia :
Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
Jangan memaksa diri untuk tidur
Amalkan mandi menggunakan air suam
Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda
Amalkan gaya hidup sihat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 COMMENT:

Post a Comment